I'm Waiting You
BlackWhite?



Assalamualaikum.

Welcome to my Wonderworld . nama aku ira. chubby coming 21th girl. simple is always me. guna kata ganti nama diri pertama "aku" sebab selesa dan tak terasa fake di situ. peminat tegar Fadlan Hazim, hujan dan rain. ok stop membebel. enjoy my blog dear! :D.
Do follow and do comment my entry ya.
No Haters, Copycats and Anon here.
P/S= kalau nak follow, sila gerakkan mouse ke bashboard dulu baru p kat follow sebelah dia. biasa la blog degil macam tuan dia >_<"

Round-Round



Story About Links Goodies





Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Jelajah Janji Ditepati
Sunday 10 June 2012 | 3:02:00 am | 0 BlackWhite
Assalamualaikum. Berdasarkan tajuk di atas *ceh ayat orang dapat BM A- SPM* 8 Jun hari tu aku pergi jelajah janji ditepati yang bertempat di Kulim Hi-Tech Park. Kalau korang baca post aku sebelum-sebelum ni korang akan tau la niat sebenar aku pergi tempat tu kan. Ok tak tahu? P tengok cepat!!  =P  Aku pergi sana sebab nak jumpa kumpulan VIP je! Dalam pukul 2 lebih aku, nik, adik nik n mizah pergi tempat tu sebab aku tengok yandy cakap after 1.30 diorang perform. Btw, "cik abang" yamaha sport aku tu dah tak semput sebab abah dah hantar p repair. Ganas betul anak perempuan Encik Faudzi dan Puan Saniah ni kan. hehe.

Sampai kat sana, tipu la kalau cakap tak ramai orang. Aku sampai je terus nak pergi serbu kat booth Berita Harian. Sebab?? nak tengok VIP buat show la. Tapi apakan daya diorang sampai lambat, so aku n the geng pergi la jalan2 kat situ tengok barang. macam2 ada. Niat di hati nak beli beg, tapi 15 -17 Jun ni ingat nak pergi "date" dengan kaklong sayang kat MZ. Beli kat sana dah la. Penat berjalan kami lepak dekat booth Wanita Hari Ini (WHI) sebab ada kipas *perangai jahat*  >_<   Kat situ ada pelakon cerita Cinta Sakura tapi malangnya aku tak kenal pun *tak layan cerita drama sekarang ni*.


Then tetiba aku pusing belakang, jeng jeng jeng ahli kumpulan V.I.P lalu tepi aku je beb!! Serius time tu jantung aku berdegup macam machine gun tembak tanpa henti *takde perumpamaan lain ke kau nak bagi azira oi* n tetiba 1 badan aku menggigil. Then aku dok depan stage diorang nak perform nanti. sempat snap gambar time diorang tengah duduk rehat2.






from the left yandy, amen adam, marlon, baby shima n fadlan

Sebelum diorang perform, ada la pengacara la kot yang handle menghiburkan hati pengunjung kat situ. Kalau tak silap aku diorang dari Raja Lawak tapi tak ingat nama. So time tu dia nak tarik la pengunjung naik atas pentas untuk jawab soalan. Orang kat sebelah aku semua pakat lari dah. Tetiba dia suruh aku gak naik. TERPAKSA la aku naik. Camni la dialog aku dengan pengacara tu

pengacara= nama apa?
aku= Siti Noor Azira
pengacara= minat adam tak?
aku= minat *malu kot dok atas tu*

Then pengacara tu tanya pengunjung tajuk lagu adam nak suruh aku nyanyi. Dah sudah masak aku dok atas tu nak kena nyanyi lak.

pengacara= apa tajuk lagu adam
pengunjung= lagu sedih

Pastu sua microfon kat aku suruh nyanyi. Aku pun malu gila la!! dah la VIP dok kat belakang!!! Aku nyanyi sikit je tang korus. Semua tepuk termasuklah jejaka2 idaman malaya belakang tu. Then dapat apa entah barang dari berita harian. VIP start nyanyi lagu 3 kata. 









Habis je nyanyi lagu tanak kampung diorang sembang la dengan peminat. Adam pun tanya la "peminat vip mesti tahu tentang ahli kumpulan vip kan. siapa tahu?" Memandangkan tak ada sorang pun nak jawab, aku pun tetiba terlepas cakap "Fadlan suka makan"  *ok ayat spontan dari mulut aku*. Adam dengar kat nama Fadlan je. Ayat lain dia tak dengar terus dok depan aku tanya soalan. 

adam= apa tajuk single terbaru vip?
aku= kemarau
adam= ye betul. nyanyi sikit lagu kemarau.
aku= *buat muka tak tahu malu nyanyi depan dia*
p/s= lepas ni bagi aku lak jadi artis bawah naungan KRU *perasan kejap  >_<

Lepastu aku dapat beg yang berisikan baju, pen n buku dari berita harian

Tapi... Yang paling penting aku dapat gambar dengan Fadlan Hazim!! Serius niat aku pergi sana nak tengok diorang secara live n nak tangkap gambar dengan diorang. Dapat tangkap dengan Fadlan pun sangat2 bahagia. Tapi gambar tu aku sangat2 la selekeh akibat kepanasan. Yang paling lawak, adam siap nyanyi lagi lagu tanak kampung kat aku. haha.

adam= tangkap gambar dengan fadlan. rugi datang tak tangkap gambar. nanti kau menyesal tiada guna...~  >_< 
*memang niat nak tangkap gambar dengan fadlan pun sebelum datang

Nak tengok gambar tu? 


gambo sebelum p

gambo time kepanasan melanda! serabut!
Dah tengok?? sebenarnya, aku rasa time tu fadlan macam cakap dengan aku "nak buat peace" lebih kurang ayat dia camtu. Tapi aku wat tak tau je. hehe. Sebab malu, n nak tengok dia kena dongak kepala sebab kepala aku paras bahu dia je. >_< Tengok je balik gambar tu lepas tangkap rasa nak tangkap lain sebab huduh! Tapi apakan daya. Then diorang nyanyi lagu kemarau. aku sempat rakam yang ni je. Actually, aku dah rakam time diorang nyanyi lagi 3 kata n tanak kampung. Tapi tetiba hilang. yang ni je ada.


Then baby shima lak nyanyi. Kecil molek orangnya. Sepanjang dia nyanyi dia senyum je. Sangat2 sporting dan dia pun tarik aku naik atas pentas nyanyi dengan dia lagi 'love u like a love song'. Malu sangat3 hari tu >_<               



Aku terpaksa balik awal sebab jam pun dah pukul 6 lebih time tu. Balik dengan hati yang gembira. hehe. ok stop sampai.VIP memang best n sporting! Daa  ^_^

p/s= kalau nak tekan 'old things' kat bawah ni sila bawahkan tetikus anda sampai perkataan tu jadi warna pink. Thank you!!  =D


Older Post | Newer Post