I'm Waiting You
BlackWhite?



Assalamualaikum.

Welcome to my Wonderworld . nama aku ira. chubby coming 21th girl. simple is always me. guna kata ganti nama diri pertama "aku" sebab selesa dan tak terasa fake di situ. peminat tegar Fadlan Hazim, hujan dan rain. ok stop membebel. enjoy my blog dear! :D.
Do follow and do comment my entry ya.
No Haters, Copycats and Anon here.
P/S= kalau nak follow, sila gerakkan mouse ke bashboard dulu baru p kat follow sebelah dia. biasa la blog degil macam tuan dia >_<"

Round-Round



Story About Links Goodies





Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
bila kami kait rambutan ツ
Saturday 1 December 2012 | 12:04:00 pm | 0 BlackWhite
Assalamualaikum! hai *lambai tangan*. Selasa lepas, kami kait rambutan.. Wuuu (ok macam jakun je  >_<) Kami?? siapa kami? Aku, ain, yana, n shuhada bersama parents yana kait kat luar rumah yana. Sebenarnya, kami merancang pergi rumah yana untuk melawat dia yang kononnya diserang oleh binatang sampai abis lebam 1 badan a.k.a sopak garam. Acually kami melawat lambat sikit, sebab masing2 sibuk (kononnya). Sampai kat rumah yana, mata kami berkeliaran tengok rambutan yang merah2 atas pokok tu!

Seperti biasa kalau kami berjumpa, macam2 cerita la yang kami sembangkan. Yela kan dah berapa lama tak jumpa. Masing2 ada cerita setinggi bukit  =P  Then datang la Shuhada. (kami ajak dia sebab nak melawat yana sama2). Sebelum balik, mak yana suruh kami bawa balik rambutan. So, dari situ la tercetusnya aktiviti petang kami dari melawat orang sakit kepada kait rambutan. Hee. Well, bila aku dan shuhada a.k.a orang pro kait, memang satu pun tak jatuh. Hee. Yela orang taman masuk kampung kait rambutan, tau2 je la akan jadi apa. Bukan salah kami pun, rambutan tu yang tinggi sangat dan galah tu yang panjang sangat (cover2 jap. muehehe) Sebelum ni pun aku biasa kait rambutan kat kampung aku. =) (caya tak?) Ok sebelum aku puji diri sendiri baik aku teruskan >_< Disebabkan kami terlalu pro untuk kait rambutan tadi, kami letak tepi galah dan tolong kutip rambutan daripada dahan yang ayah yana potong.

Dalam kami sibuk mengutip buah rambutan tu, ada juga situasi lucu yang berlaku. Contohnya, shuhada yang berhati kental tiba-tiba jerit tengok mentadak (aku hentam je ni). Then tengah ayu masing-masing kelaskan buah rambutan tu, datang la seekor spider yang menyebabkan aku dan ain menjerit. Hee (bukan takut, geli  ^_^ ) tetapi dalam bersuka ria kutip buah rambutan, mak yana ada mengatakan ayat yang berbunyi seperti terasa dengan kami. Bila yana ada baru kami nak datang. Makcik, kami bukan takmau datang, tapi kami ni pemalu sikit :')  InsyaAllah lepas ni kami melawat makcik ye. Dalam 5 lebih kami beransur pulang..

Oppss, cerita tak habis lagi ok. Dalam perjalanan aku hantar ain ke rumah, terjadi sesuatu yang agak memalukan bagi kami kat tengah jalan. Hikhikhik. seperti kebiasaan, aku dan ain memang selalu bersembang kat atas motor. tiba-tiba!! ain menjerit kat belakang aku dan perkara yang membuatkan aku jadi tak stabil ketika menunggang motor tu bila ain macam nak buka tudung aku atas jalan. Nyaris-nyaris la nak jatuh dan selamat aku pandai kawal elok2 motor tu. Hee. Kalau tak dua2 jatuh motor kat situ. Sebab apa ain jerit? Spider yang kami jumpa kat rumah yana tadi ikut aku balik. Elok je duduk kat tudung aku. Thats why ain macam nak buka tudung aku. So aku berhenti tepi nak buang spider tu dan kami gelak2 kat tepi jalan sehinggakan orang lain pelik kat kami. Hee. Malas nak celoteh panjang2, sampai di sini saja la post aku kali ni. InsyaAllah jumpa kat post seterusnya nanti. Assalamualaikum  =)

#atas tu ada button comment, comment la sikit eh  =)







Older Post | Newer Post