I'm Waiting You
BlackWhite?



Assalamualaikum.

Welcome to my Wonderworld . nama aku ira. chubby coming 21th girl. simple is always me. guna kata ganti nama diri pertama "aku" sebab selesa dan tak terasa fake di situ. peminat tegar Fadlan Hazim, hujan dan rain. ok stop membebel. enjoy my blog dear! :D.
Do follow and do comment my entry ya.
No Haters, Copycats and Anon here.
P/S= kalau nak follow, sila gerakkan mouse ke bashboard dulu baru p kat follow sebelah dia. biasa la blog degil macam tuan dia >_<"

Round-Round



Story About Links Goodies





Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
selamat datang lesen kereta!
Friday 25 January 2013 | 5:07:00 pm | 1 BlackWhite
Assalamualaikum!! tak jawab berdosa  =B  Korang sihat? Ira alhamdulillah sihat.Hari ni aku nak story sikit yang aku dah ada lesen kereta dan bukan P dah terus kekal!! yeah!! *clap hand*  >_< Acteli dah lama dapat baru hari ni ada rasa nak post pasal ni kat belog. Aku ambil lesen ni bulan 12 hari tu. Niat di hati masa cuti nak kerja, tapi tidak dapat keizinan dan kena ambil lesen kereta. Lagipun lesen ni memang penting pun sebab bila hujan boleh aku p sekolah naik kereta n kalau nak p shopping pun seeennnaannngggg.. ehem!

Jejak je kaki p tempat tu, takut gila la sebab ye la kereta mana la aku penah bawa, harap dok dalam kereta orang drive aku kat belakang tidur dengan lenanya je sebelum ni.. ngeh3x. aku tak payah dah nak dengar ceramah pepanjang KKP 8 jam n ambil ujian komputer sebab aku dah ada lesen motor. *kalau kena komputer lagi taktau lulus ke dak, almaklum lupa dah nama signboard*  >_< So aku just dengar ceramah 3 jam then buat teori 3 jam kat kereta. Dah tertulis kat minda aku dari pagi sampai la nak bawa kereta benda apa la yang aku akan langgar nanti. Then alhamdulillah aku tak langgar pape pun first time bawa. hee.


Cukup seminggu dapat lesen L untuk kereta dan jadual untuk pergi buat latihan. wuu nombor yang lawa kan aku dapat no kereta  >_<Alhamdulillah cikgu yang aku dapat sangaat22 baik!! First cikgu no2, cikgu ni suara dia kuat, dan jenis tak reti marah kot. hee. Baik je. kira boleh jadi kawan je. Dan paling aku respect dia, dia dah mintak maaf siap2 if terkena tangan time latihan. Yela nak mengajar orang tak reti macam aku ni mana nak tau terpusing stereng tak betul kang tak pasal masuk longkang langgar tepi. Then cikgu no4, cikgu ni lagi la ok. Dia jenis macam tak kesah apa yang aku buat. eh? Aku pun tak pandai judge orang sangat sebab diorang bagi aku sangat baik. Hee. Then sampai waktunya aku kena QTI, jengjengjeng!! Alhamdulillah bersyukur sangat2 hari tu hujan. So cikgu macam tengok tak tengok je la. time QTI aku dapat 16/20. hurm ok la kan cukup2 je.

09/01/2013 datang menghampiri aku.. Aku terpaksa ponteng sekolah sebab aku dapat sesi 2. aku terspoil dekat bukit sebab terlajak. So JPJ tu suruh aku undur balik. Second chance, aku ok. Alhamdulillah. Lepas tu parking dan 2 penjuru. Dua2 ok. Elok2 aku nak duduk, JPJ yang nak test aku kat jalan raya dah panggil. So p la dengan muka ketaqnya. Naik2 terus buat 5 perkara wajib sebelum bawa kereta. Untuk jalan raya aku bawa kereta Viva. Oh love this car!  <3 JPJ ni pendiam sikit la kot. dia tanya sepatah aku jawab sepatah, Then dua2 diam...

JPJ= makan ke belum
Aku= dah. makan g?
JPJ= dah la. kalau tak makan mati la  >_<" 
Aku= *gelak sinis*
......

JPJ= tak kerja ke hari ni?
Aku= study lagi la. masuk form6

n blablabla aku lupa sembang apa lagi dengan dia..

Yang aku tak tahan dia boleh kata aku tak betul. ye la aku silap masuk signal, then aku cakap la sorang2 macam ni

Aku= eh silap la, depan lagi nak masuk kiri
JPJ= eh cakap sorang2 pulak dia ni
Aku= *gelak sinis*

....
situasi: panggilan hangit sedang keudara, dia kuatkan radio dan panggilan hangit tu sangat2 lawak membuatkan aku..
Aku= hahaha *slow je eh aku gelak*
JPJ= eh dia ni betul ke tak, tadi cakap sorang2, ni gelak pulak sorang2
aku=*tahan marah* dah radio tu lawak, gelak la. *dalam hati, orang gila je la cik abang JPJ oi tak gelak dengar  panggilan hangit  >_<  *

Tu la kesahnya, sembang dengan dia membuatkan aku lupa jalan masuk Kunci rimbun tu. hee. dia la yang bagitau suruh bagi signal dan tukar gear. ok time ni muka aku naik tebal 2 inci. ngeh3x. dah masuk situ dia cakap "tu la sembang lagi" padahal dia yang bagi aku lalai. ngeh3x. Pape pun bersyukur dia bagi gak aku lulus. Hehe. Dengan JPJ ni aku dapat 17/20. walaupun ada kesalahan, dia bagi gak lulus. Sayang lah kau abang JPJ. eh??  >_<

tarraaa!!! sila jeles bagi yang takde. hee  =P


Ok tu je la nak cerita. Malas dah nak taip. see u next post, insyaAllah. assalamualaikum  =D


Older Post | Newer Post