I'm Waiting You
BlackWhite?



Assalamualaikum.

Welcome to my Wonderworld . nama aku ira. chubby coming 21th girl. simple is always me. guna kata ganti nama diri pertama "aku" sebab selesa dan tak terasa fake di situ. peminat tegar Fadlan Hazim, hujan dan rain. ok stop membebel. enjoy my blog dear! :D.
Do follow and do comment my entry ya.
No Haters, Copycats and Anon here.
P/S= kalau nak follow, sila gerakkan mouse ke bashboard dulu baru p kat follow sebelah dia. biasa la blog degil macam tuan dia >_<"

Round-Round



Story About Links Goodies





Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
I LOVE YOU,STUPID!
Tuesday 4 June 2013 | 12:22:00 pm | 0 BlackWhite
Assalamualaikum. Dah lama jari gebu aku ni tak menaip di sini kan. ok rindu menaip di sini. :') 

I LOVE YOU, STUPID! merupakan sebuah novel karya melur jelita yang sangat superb bagi aku. novel ni telah membuka minda aku dari setiap sudut. kisah cinta, pengorbanan orang zaman dahulu menentang musuh untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama, keperitan hidup masyarakat miskin dan sebagainya. penulis ini sangat berbakat kerana menerapkan nilai murni secara tersirat seperti memberi kesedaran kepada pembaca secara perlahan-lahan dan tidak memaksa. mungkin bagi sesetengah orang novel ini agak membosankan kerana perjalanan Iris ke Kemboja sungguh panjang dan ceritanya banyak di situ, tapi bagi aku ok dan sangat menarik. 

aku atceli tak sabar nak tunggu sampai habis cerita. haha. malam tadi baru tamat dan aku mengharapkan ada sambungannya. aku berimaginasi dengan setiap ayat yang ada di dalam novel ini. sangat indah. jantung aku berdegup sepanjang aku baca novel ni. bulu romaku naik kerana penghayatan yang mendalam ketika aku membaca novel ni. belum lagi aku ketawa seorang diri dengan watak iris dan firman ebrahim yang selalu bergaduh manja, mengusik. tanpa disangka mutiara di mata aku juga menitis kerana pergaduhan mereka yang sangat2 ganas hingga berlaku titisan darah.  contohnya part firman sanggup kelar tangan dan dada dia demi iris dengar cakap dia waktu dalam hutan. aku jugak nangis non-stop bila ahmad meninggal dunia sampai iris berubah sebab ahmad. 

CINTA. itulah impak terbesar yang aku dapat. ingat! selama mana kita bercinta dengan seseorang, kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan. Allah SWT telah mengatur yang terbaik untuk kita. walaupun iris dan aidan dah bercinta selama 3 tahun, tapi kalau bukan jodoh tak kemana. akhirnya jodoh iris dengan firman ebrahim yang pertemuannya tanpa diatur dan diduga. pada mulanya pertemuan mereka ketika iris mendapat surat saman dari firman, then jumpa waktu latihan suksis. kemudian mereka bertemu lagi di kemboja dan detik2 indah banyak di situ. ok aku melting gila dengan firman ebrahim. ok sangat2 melting. i need someone like him boleh? haha ok gatal  >_<

CINTA TIDAK PERLU DICARI, BIAR DATANG DENGAN SENDIRINYA. CUKUPLAH ALLAH ADA DAN DIA ADA UNTUKKU. macam kisah iris, jodohnya dengan firman datang dengan sendirinya. serius kalau la firman tu wujud, aku nak jugak macam dia. haha! aku jugak tersedar bila perbualan pasal jodoh dua hari lepas kat dalam surau hotel royale chulan tu, sapa cakap eh achik ke nenek ke acu tah cakap kalau kita kata "tolong cari jodoh ke tunggu jodoh sampai" tapi something like that la, jodoh takkan sampai. gulp! so biarlah kita berserah pada takdirNya kerana jodoh telah ditentukan olehNya. marilah kita meraih cintaNya sebelum memberikan cinta kita kepada pasangan kita. ye! insyaAllah akanku ingat ayat2 tu.tapi nak buat guane kalau lalai. tau tau la kan sifat manusia ni, menggatal je lebih. dah la hati aku ni senang suka kat orang oh payah betul kau ni ira! haha. ok stop membebel. daa!  :D


Older Post | Newer Post