I'm Waiting You
BlackWhite?



Assalamualaikum.

Welcome to my Wonderworld . nama aku ira. chubby coming 21th girl. simple is always me. guna kata ganti nama diri pertama "aku" sebab selesa dan tak terasa fake di situ. peminat tegar Fadlan Hazim, hujan dan rain. ok stop membebel. enjoy my blog dear! :D.
Do follow and do comment my entry ya.
No Haters, Copycats and Anon here.
P/S= kalau nak follow, sila gerakkan mouse ke bashboard dulu baru p kat follow sebelah dia. biasa la blog degil macam tuan dia >_<"

Round-Round



Story About Links Goodies





Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
resepi ayam masak paprik!!
Sunday 5 January 2014 | 11:26:00 pm | 0 BlackWhite
Assalamualaikum! holla lama tak menapak kat sini. berhabuk suda. orait malam ni tetiba rajin nak on lappy setelah sekian lama tak on dan ter"rajin"kan diri nak letak resepi. resepi apa eh? ok poyo dah terang tang tang aku letak "RESEPI AYAM MASAK PAPRIK" sebagai tajuk, boleh pulak nak buat2 tanya  -,-" orait malas nak membebel panjang2. resepi ni aku baru try 2 kali dan alhamdulillah rasa pun ok. eh??  >_< mana cilok resepi ni? dari blog cikgu matematik kesayangan kita la, cikgu Ani. hee. so, ni la resepinya or korang boleh klik ni ---> resepi dari cikgu Ani kalau korang tak paham apa yang aku terangkan or nak tengok gambar yang marbeles. well, aku takdak seni bab tangkap gambar ni. hee

bahan: 
ayam- korang hiris kecil or sukahati nak besar mana
2 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah- dihiris serong
cili padi- ikut la nak buh berapa. agak makan pedas buh la banyak
daun limau purut disiat-siat - ikut la nak bagi wangi. aku letak 4 hari tu
sayur- ikut korang nak buh sayur pe. aku letak karot, bunga kobis je ritu. ikut kesesuaian la noh
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan  cili sos 
2 sudu makan tomato sos 
1 sudu makan sos tiram
garam
air
minyak

cara-cara:

panaskan kuali, minyak dan tumis bawang putih tu tadi sampai wangi. then, masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak. dah pecah minyak tu, masukkan semua jenis sos yang disenaraikan tu, tumis sampai pecah minyak. pastu masuk la ayam yang korang dah potong tu, masak sampai layu. err pandai2 la tengok dia layu tu guane k. haha. taktau nak terang. then masukkan air. agak2 la k. jangan sampai banjir banyak sangat air. dah kering ok ayam pun dah masak, korang buh la garam ikut citarasa dan kalau nak buh perisa, buh la sikit. dah ok rasa dia, buh la sayur yang korang potong tadi tu. kacau rata. agak dah ok, tutp api dapur, hidang. sonang jo. 

ni yang aku buat. err agak nampak macam banjir kan, sebab ni je lauk berkuah yang aku buat. ye la aku ni tak berapa nak rajin masak. hee. so, enjoy la main masak-masak kat dapur nanti k! :D




Older Post | Newer Post